Assignment - Laluan ke Kuliah
Mohamad Farid bin Embok Mosik
Rutin harian dan laluan yang dilalui ke kuliah.
Bermulanya rutin harianku pada pukul enam pagi. Fikiranku masih melayang-layang dalam keadaan separuh sedar selepas terjaga dari keseronokkan mimpi indah. Di dalam ruangan bilik asrama di Kolej Berhanuddin Helmi, aku bergegas melakukan persiapan untuk pergi ke kuliah yang mana hampir setiap hari bermula jam lapan pagi. Selepas melakukan kewajipanku sebagai hambaNYA, aku bergegas ke ruangan Kafe di Foyer aras dua kolej untuk bersarapan pagi bersama kawan-kawanku dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Keluar sahaja dari kafe, mercu tanda pertama yang akan ku lihat setiap hari sebelum ke kuliah adalah rumah pengetua Kolej Burhanuddin Helmi. Sebelum sampai ke fakulti, aku perlu melalui beberapa bahagian ruangan dan kawasan. Kawasan pertama adalah laluan anak tangga menuruni bukit yang terletak di bahagian belakang kolej kediamanku. Seterusnya aku perlu melintasi jalan raya dan ruangan letak kereta yang berhampiran dengan bangunan Institusi Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). Kemudian, barulah aku akan melalui koridor di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) sebelum sampai di bilik kuliah. Masa perjalanan dari kolej ke bilik kuliah dianggarkan 15 minit hingga 20 minit.
Begitu juga perjalanan balik ke bilik, masa yang diambil juga hampir-hampir sama, tetapi laluannya berbeza. Keluar sahaja dari bilik kuliah, aku akan menuruni tangga di FSSK menuju ke bangunan Canselori yang hanya terletak bersebelahan sahaja. Kemudian aku melalui ruangan lobi Canselori, tempat letak kereta di Fakulti Pengajian Islam (FPI), “roundabout” di hadapan FPI dan akhirnya mendaki semula bukit di belakang Kolej Burhanuddin Helmi menerusi anak-anak tangga yang sudah sekian lama dibina.
Setelah sampai di kolej, aku merehatkan badan dibilikku dan seterusnya membuat persiapan untuk melakukan rutin harian pada keesokkan hari.
No comments:
Post a Comment