Assignment - Tempat Menarik di Tempat Tinggal Saya
Mohamad Farid bin Embok Mosik
Apakah perkara atau tempat menarik di tempat kamu?
Kampung
Parit Stan merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di mukim Benut.
Mukim ini pula terletak di daerah Pontian, Johor Darul Ta’zim. Sejarah awal
pembukaan perkampungan ini dimulai oleh seorang lelaki yang bernama Wak Stan.
Beliau merupakan generasi pertama yang mendiami perkampungan ini sejak abad
ke-18 lagi. Nama perkampungan ini diambil sempena nama beliau yang masih
digunakan sehingga ke hari ini.
Bercerita
mengenai perkara atau tempat menarik yang ada dikawasan tempat tinggal saya ini
adalah sekolahnya. Sekolah Kebangsaan Seri Semangat. Terletak di tengah-tengah
antara tiga buah kampung, iaitu Kampung Parit Stan, Kampung Parit Kerimon dan
Kampung Parit Hasan. Sejarah awal penubuhan sekolah ini dimulakan pada abad
ke-20. Sekolah ini telah melalui zaman penjajahan British, Jepun serta zaman
darurat iaitu zaman selepas kemerdekaan dicapai. Menurut cerita orang-orang
tua, umur sekolah kebangsaan ini hampir mencecah 90 tahun. Sekolah ini juga
telah menjadi pusat pendidikan awal bagi seluruh ahli keluarga saya.
Begitu
banyak kenangan yang terukir dalam ingatan saya di mana institusi ini menjadi
tempat pertama bermulanya alam persekolahan bagi seorang murid yang baru
berusia tujuh tahun. Antara pengalaman yang sentiasa diingati adalah pengalaman
semasa mendaftar sebagai pelajar baru di tahun satu dan suasana hangat semasa
membeli buku dan alat-alat tulis. Sejak detik itu, pelbagai pengalaman baru
dilalui dengan menyertai pelbagai jenis pertandingan di peringkat zon, daerah
dan negeri yang mendidik dan memberi pengalaman yang paling berharga dalam
kehidupan ini.
Sampai
disini sahaja wacana mengenai tempat menarik di kawasan tempat tinggal saya.
Diharap penulisan ini dapat memenuhi kehendak dan keperluan tuan dalam proses
menilainya.
No comments:
Post a Comment