Mohd Noor bin Hj.
Daeng Mapunah
Pekerjaan : bekerja sendiri
Umur : 72 tahun (13/12/1940)
Tajuk : Cerita Mengenai Pembangunan Kampung
Di kampung ni biasanya berlaku banjir besar,
contohnya, macam
Rumah saya sendiri, bawah rumah kita
dapat main perahu, ha,
Daripada dulu macam tu, Cuma keadaan
rumah tangga saya tu
dah berubah lebih kurang macam ni
sekarang, dulu satu
bangunan, menggunakan tangga lima anak
tangga, jadi apabila
berlaku banjir, yang saya dapat.. jumpa,
pernah tenggelam tiga
anak tangga…. Fikirlah rumah sekarang
yang ada, sekarang kan..
dah diturunkan, jadi dulu sekarang ni,
tak, pintu ni kan, dia
gunakan tiga anak tangga.. baru
lantaikan…tu yang dipangil
rumah tangga… jadi daripada rumah tangga
tu turun ke bawah ke
tanah, menggunakan satu tangga lagi,
dengan… dengan lima
anak tangga,… jadi nak tangga bawah tadi
tu, saya nak nyatakan
kalau banjir pernah berlaku…sampai tenggelam
tiga anak tangga.
Tu menyebabkan boleh main perahu di bawah
rumah.. sekarang,
Naik kereta bawah rumah.. haha.. aaa.
Itu.. itu satu ea.. yang
Kedua, masa saya kecik-kecik saya dulu,
aaa… mungkin selepas
Jepun lah, selepas jepunlah.. masa
darurat, saya lahir,, mungkin
Semasa jepun, mungkin sebelum jepun…
awal, awal jepun
masuk.. ha.. awal jepun masuk yang saya
ingat dulu ea, sekitar
tahun awal 40-an. Lepas tu 50-an.. masa
saya kecik… ikut orang
tua turun ke sawah… kawasan sekolah
belakang…… kadang-
kadang… sama ada jalan kaki atau naik
perahu chegi tu, perahu
kecik tu kan ada. Daripada mana
sekarang, a.. sekarang yang
rumah.. anak yahuk tu kan, yang antara
rumah anak yahuk
sekarang ni, ni rumah akak berahim kan?
Yang rumah arwah wak
bachok lah, sini ada satu parit, kat
situlah. Ha di situ, kemudian
sawahnya dekat sini, sekolah sekarang
dekat sini. Jadi belakang
sekolah dulu tu sawah, sawah bukan
untuk…yelah sawah padi,
bukan untuk apa ni, bukan untuk dijual,
makan sendiri, ha untuk
orang kampung.. siapa usahalah, dia
dapatlah. Jadi jiran masa tu
yang saya ingat, saya ingat betul
jirannya, arwahnya… Pak Abdul
Rahim, Wak Bedu. Bapak Nuri! Ha.. itu
saya ingat, hanya nama tu
nama dia,, Wak Saodah, Wak Saodah tu tak
salah,emak, emak
arwahnya puan Hadrah, Siti Hadrah. Siti
Hadrah tu tak silap saya
emak Nuri lah. Ingat lebih kuranglah..
lain daripada tu,, kita main
main.. main-main kat sawah tu kan,
pernah satu petang, ah, jepun
saya tak jumpa, eh, jepun saya tak
jumpa, Cuma bekas-bekas,
aah.. sesudah.. jadi jepun,, saya tak
dengar, tak jumpa.. Cuma
saya,, Cuma yang saya jumpa dulu.. macam
kat rumah duit jepun
berlambak. Sampai satu ketika dah tak
laku kan,, mengikut,
mengikut, mengikut apa ni.. kata
orang-orang tua dahulu, banyak
orang berhutang dengan orang tua saya..
apabila, apabila.. dia
tahu, orang tu tahu duit jepun dah tak
laku.. masing-masing datang
bayar hutang. Masing-masing bayar
hutang.. jadi, jadi secara tak
langsungnya, secara penipuan jugalah..
bayar hutang dengan duit
tak laku.. tu semua datang rumah tu.
Kalau… yang saya dapat
jumpa duit macam tu, mungkin kalau
plastik inilah.. mungkin tak
muatlah.. duit kertas.. yang pokok
pisang tu.. ha.. Cuma kita, masa
tu macam saya, boleh katakan belum
berakal sangat kan.. duit tu
buat main-mainkan gitu,.. keluarga pun
tak marah, lama-lama
habis begitu aja. Ha.. jadi pengalaman
saya.. tentang duit ni,, duit
jepun saya dapat jumpa, berlambak kat
rumah.. duit British.. yang
nilai satu sen, lima sen, seposen, dua
posen, lima posen, aa.. duit
syiling… kalau duit kertas,, duit, duit
kertas, aa….. lima sen, lima
sen warna merah, sebelah muka, muka
belakang, aa… kosong..
kertas putih.. kemudian duit dua posen, eh..
duit seposen, tak silap
saya.. warna biru duit kertas. Duit dua
posen, duit dua posen
pulak, dia lebar sikit,, warna dia tak
silap coklat-coklat.. jadi
daripada tadi, lima sen, seposen, dua
posen. Duit seringgit, duit
seringgit dah British lah. Masa tui,
masa tu.. aaa… raja British
masa King George, ha King George..
Queen, queen raja, raja,
Queen George,, baru bertukar kepada
Queen Elizebeth, yang Ke
2,, jadi saya dapat merasai belanja
semua tu.. (maknanya
perbelanjaan masa tu guna duit british?)
ha.. guna duit british.
Masa sekolah saya lagi, masa mula-mula
sekolah.. saya tak
pernah sekolah kat sini, ha. Saya.. tak
silap saya sekolah awal
tahun 51… (maknanya sebelum merdeka
lagi..) sebelum merdeka
lagi… jadi saya masih sempat menggunakan
duit British.. duit
British sebelum merdeka.. masa tu nilai
dia mahal,, pergi sekolah,
ingat dua posen dah cukup.. (dua
posen).. apa tidak?? Kuih lima
sen, boleh kenyang perut.. harga lima
sen kuih besar.. air, baru
lima sen.. air batu ke, air batu kepal
ke.. selain daripada tu.. aaa…
pergi sekolah secara berjalan kaki.. (oo..
dah, dah ada jalan).. taka
da, belum ada jalan lagi.. (belum ada
jalan??) belum ada jalan..
contohnya.. ehh.. kan dah minum tadi..
contohnya… salah satu
laluan saya pergi sekolah.. ni ambik
potong-potong je.. jadi.. aaa…
apa ni.. baya-baya sayalah.. sebelum
baya saya.. baya pakcik
awaklah.. arwahnya Basok.. lepas tu, Wak
Bengak, Dali… dia atas
sikit… mungkin setahun lewat.. jadi
macam saya,, saya, abang
saya.. Sanusi pun, group-group anu, apa
ni.. Basok.. Group-group
dia semua.. jadi saya dulu, sebelum
Parit Stan ni ada sekolah.
Saya dah disekolahkan Batang Duku..
(yang sekolah sekarang?)
aaa… itu tapak je.. bukan sekolah
sekarang. Tapi… macam
Batang Duku dulu kan.. ni dah luar
daripada Parit Stan.. Cuma
pengalaman.. kalau sekolah Batang Duku
dulu, dia macam satu
rumah, ada satu rumah usang sekarang tu
depan.. dekat sebelah
parit, dekat-dekat klinik yang ada sekarang
kan. (oh.. ke laut sikit
tu).. aha.. ke laut, kan ada satu rumah..
rumah kayu kan.. dia ada
lagi tak ada, saya pun dah lama tak
pergi rumah tu.. aaa… Guru
pertama dia dulu pun.. cikgu pertama
yang saya jumpa situ dulu..
Nama dia Cikgu Abdullah bin Senik..
aaa.. guru, guru… masa tu
dia gunakan sistem,, sistem darjah.
Bukan kelas.. jadi guru-guru
darjahnya salah satu… Arwah Cikgu Harun
lah.. kedua, cikgu
Abdul Razak bin Benuk, orang panggil
cikgu Bachok.. itulah yang
saya ingat.. jadi,, berbalik, laluan
saya dulu.. salah satu laluan
saya berjalan kaki.. aa… tu.. kebun..
sebelah rumah Yufek.. (yang
belakang ni..) aah… terus ke belakang..
Tembus… (tembus rumah
Abang Leman??) bukan… dia tembus.. yang
rumah lapis dulu..
tempat Hasan dia belokkan?? Sekarang ni…
dia tembus ke masjid
Parit Kerimun.. (betul-betul belakang
masjid?) aah… tembus
kat masjid.. tembus kat masjid baru
masuk lagi ke Batang
Duku.. Tak salah saya.. tapi kalau
sekarang dia serong.. tak
salah dia tembus kat rumah
cina..(dekat-dekat??) dekat
dekat jembatan tu.. ada rumah cina..
itulah.. lebih kurang
itulah.. selain daripada tu.. (dekat
rumah Wak Nurung??)
aaa.. Kadang-kadang juga, lalu sini..
kebun ni.. arwahnya
Fak Kilek.. tembus juga.. jadi tembus tu
dia bercabang
sebenarnya, tempat asalnya begini, nanti
lalu sini pun
bertembung satu jalan juga.. selain
daripada tu.. dua tiga
jalanlah.. kat surau dulu pun ada jalan…
tapi dah lewat ke
laut lah.. (jadi maknanya kalau lalu
taka da jumpa parit
lagi??).. Parit mana?? (parit yang besar
ke Parit Kerimun)..
tak.. Parit Kerimun ada..(dah ada?) ada,
memang dah ada..
gunakan dulu jembatan, dalam parit dulu-dulu.
Berbalik kepada Parit Stan.. daripada sekitar
tahun 50-an banjir kan..
banjir.. keadaan orang kampung masa
itu.. keadaan
masyarakat, keadaan masyarakat,boleh
dikatakan
masyarakatnya aman damai jugalah.. sebab
apa di kata
aman damai.. masyarakatnya bersatu
hati.. aa… bersatu
hati.. contohnya,,, kalau……ada
majlis-majlis pengantin
kan?? Gotong royong daripada dulu.. (rewanglah)..
diamalkan.. belum rewang lagi.. gotong
royong.. (maksudnya
macam mana??) gotong royong missal kata
dulu,, dulukan
tak ada kemudahan.. orang kerja kahwin,
ada setengah
tengahnya,, nak buat bangsal.. buat
bangsal.. nak cari
bahandari mana?? Carilah bahan-bahan,
bahan hutan..
kayu-kayu ke, batang pinang ke, buluh
ke, itu salah satu..
didirikan satu bangsal.. ha.. dirikan
satu bangsal..kemudian..
yang pertama digerakkan sebelum tu,
bombong, atap,..
terpaksalah ramai-ramai cari… (cari
barang).. cari.. apa, cari
daun Nipah… tebang Nipah.. nanti satu
masa, malam ke,
siang ke, terpulang pada masing-masing
kan.. datang
mencucuk atap.. sebab atap ni..
sekurang-kurang tiga bulan
sebelum tu.. sebelum kerja kahwin dah
ada nak sedia.
Sebab benda tu daripada mentah kalau
boleh sampai
kering.. (kering baru boleh??) haaa..
(baru boleh jadi
bumbung).. ha.. baru boleh
digunakanlah.. bukan tak boleh
digunakan mentah-mentah.. tapi bagaimana
kalau kering tu
kan lebih ringan sikit.. lagipun Nampak
kemas.. ha.. jadi itu..
ha… itu satu daripadanya ea.. jadi cara
bangsal ni.. ada kata
orang Bugis dia maserafuu kan..
maserafuu.. ditambah kat
tepi-tepi tu.. …………………………… (apa maksud
maserafuu??).. kata Bugis serafuu..
(serafuu), serafuu..
maksudnya rumah tu ditambah dekat
tepi-tepi ni ha… dia
buat satu apa ni.. dia buat satu…. Ruang
tetamulah.. tapi
kukuh.. itulah tadi, terpaksa
dikorbankan batang pinang,
macam-macamlah.. papan… papan sedia
adalah.. papan,,
papan di wakaf atau sendiri punya,, tak
kesahlah.. mana
mana ambik.. buatlah.. kat tepi rumah
tu.. jadi orang
kenduri.. akan buat kerja.. bukan apa..
ruang rumah ni. Apa
ni, biar dilapangkan sikit.. sekarang
bukan macam
sekarang.. ada balai,, orang makan..
siap makan balik.. dulu
tak.. ha.. nak kenduri.. dulu nak
kenduri.. masing-masing
punya keluarga dan saudara mara yang
ramaikan??
Contohnya saya sendirilah.. ada
setengah-tengahnya…..
satu minggu dah datang.. (seminggu
sebelum kenduri
kahwin??) aah.. kadang-kadang saudara
yang terapat lah..
dia siap bungkusan dia taw.. bukan
bungkusan apa..
bungkusan untuk tidur.. contoh macam
selimut , persalinan..
itu.. (untuk persediaan untuk tinggal
lamalah??).. untuk
dialah.. .. kemudian kita tuan rumah ni,
kadang-kadang…
taulah dulu, serba serbi tak ada..ada tu
mungkin tak cukup..
lampu… salah satu lampu… kita pinjam..
(dulu tak ada
Karen kan???) ha??? Dulu tak ada Karen..
tak salah, Karen
parit Stan ni.. masuk tahun 88.. (lambat
betul).. haah.. tak
silap saya lah. Lampu gaslah.. itu kira
canggih lah dulu.. (
yang guna pam?) haah.. yang guna pam..
yang kita
pinjamlah.. sekadar keperluan kita..
kalau macam rumah
awak ni kan.. yang utamanya ada berapa
lampu.. kira
kiralah.. kadang-kadang sepuluh hingga
lima belas lampu
kita pinjam.. kalau kita tuan rumah Cuma
ada satu, dua..
yang lain kita pinjam.. itu pun kalau
orang kasi.. mahu tak
mahu… kena.. kena pujuk rayu jugaklah
pinjam.. itu tentang
pakai.. pakai.. terpulanglah berapa lama
nak pakai. Janji…
yang bagi pinjam tu tak disusahkan,
sudah la.. kemudian,
bantal-bantal pun begitu.. (pinjam jugak
kalau tak cukup??)
ha.. pinjam.. pinjam.. pinggan mangkuk
pinjam.. pendek
kata… kebanyakkan benda-benda pinjam dulu..
(kongsilah)..
jadi.. saudara mara kita yang datang ni
pun.. memang
bermalam-malam lah kat rumah ni.. paling
tidak pun tiga,
empat malam ………………… tapi dulu
periuk-periuk ada
juga.. ada syarikat.. tak ada syarikat
kena pinjamlah.. jadi,,
kampung ni dulu.. orang-orang…..
orang-orang apa ni…
orang-orang tua kitalah.. yang kadang-kadang digunakan…
salah satunya memang bapak sayalah.. ada
nama arwahnya
haji Ali.. Haji Ali bin Basnam ( Haji
Ali bin Basnam).. ha…
wak Hasing.. Hashim bin Bangbang.. itu
semua orang kuat
kampung kita.. arwahnya Fak Kilek.. atuk
awak.. …
kemudian… arwahnya Hj. Nafik bin Jumak..
yang
Tampoklah.. dulu duduk sini Parit Stan.
Bapak mertua Mat
Salleh..sebelah darat ni.. (mat Salleh
Langkek???) ha???
Bapak mertua dia lah tu.. Tuan Hj.
Ahmad.. Hj. Ahmad..
bapak mertua Fak Subairek.. (ooo..
Bapaknya Fak Esah??)
ha!!! Bapak dia.. tu,, Hj. Ahmad bin Hj.
Abdul Kadir.. semua
orang kuat-kuat kitalah.. orang
kuat-kuat kita. Yang sebelah
darat.. ramai lagi lah. Yang kita tak
dapat ingat.. dulu sini
ramai.. ramai ugak penduduk.. itu dari
segi penduduk ea..
kemudian sebelah laut sana dulu.. salah
satu bapak saya..
aaa… kemudian.. moyang awak tu.. Hj. Abu
Bakar.. (atuk
Abah??) haah.. tu pak imam tu.. dulu dia
meninggal tu.. tak
silap saya saya balik sekolah.. saya
balik bagi tahu bapak
saya.. Fak Imang Abu, orang panggil Fak
Imang Abu dulu..
Fak Imang Abu meninggal.. dari laut..
ramai orang laut dulu
yang meninggal.. Fak Murek,, Fak Murek
pun sedara awak
juga.. bapaknya arwah ustaz Sulaiman..
Fak Murek..
jadi masa tu, orang kampung pergerakan dia,
pergerakan dia
membawa….. apa dia… menurunkan
hasil-hasil jualan
memang menggunakan, menggunakan sungai
lah..
maksudnya naik perahu… kemudian perahu
yang terkenal
kat kampung saya memang perahu saya..
(yang kat depan
tu??) ada, awak tak jumpa.. tak salah saya, kata orang tu,
ada kat Parit Sayang. Orang panggil Nassulili,
(Nassulili.. )..
(habis perahu depan rumah??) itu.. itu
perahu kecik, (itu
kecik) ada lagi besar…(ade lagi besar,
kita ingat itu dah
besar)… Kalau kemarau panjang, tak ada
air.. tak ada air
minum kan… semua perahu tu dibasuh
bersih-bersih, turun
kat Benut.. turun kat Benut isi air,
kadang-kadang dua, tiga
inci sebelum tenggelam baru
diberhentikan isi air. Kayuhlah
sampai sini… Dulu… dulu tak gunakan tong
pakai perahu itu
je… ambik air daripada Benut. Tengoklah
dulu dahsyatnya
ambik kat Benut…Jauh tu kat Benut… Tu
ambik tempat
taukeh sendiri…tempat jualan kelapa
kering…jadi cara orang
bekerja duluuu, sini rata-rata boleh
dikatakan kerja
kelapalah…kepala biji ni. Kelapa biji,
rata-rata… yang
keduanya, pinang. Pinang…tu boleh
dikatakan pinang ni
jatuh … yang kedualah… aaa… selain
pinang, kopi sikit-
sikit… pisang sebagai selingan
saja.Kalau padi ni , kita…
(tak jual)… tidak boleh dikatakan
penghasilan, sebab apa,
akan simpan sendiri …jadi kalau orang
kerja kelapa dulu,
rata-rata boleh dikatakan, panjat
…(panjat, ambik buah dia?)
ah ha…satu-satu pokok kan ada, (ada
takuk dia..) takuk dia
kan , jadi sekali panjat , kalau tak
tercapai tu takuk lagi
sekali, naik takuk lagi satu, naik satu
. Begitulah seterusnya,
kelapa tu … dulu air pasang air masuk.
Kalau…Belakang
rumah ni mungkin air pasang jejak kat
belakang kalau
pasang besarlah… jadi, caranya macam
mana. Kalau kita
nak gunakan air tu , jadi daripada
kelapa tadi.. kelapa tadi
dua cara , macam nilah cawan katakan
nya, ni kelapakan, ini
dah. Sabutnya dah disiat tau…ni sabut,
kemudian sabut ni
… dicantum dengan ini , kelapa yang
kedua…(buat tali dia)
… buat tali dia, ada ,ada cara simpul
dia…ada cara simpul,
kemudian, kelapa ni tadi ni dah disimpul
dua kan, ini pun
sama, duakan …nanti kelapa tu yang
dua-dua ditenggekkan
atas bawah, atas bawah…jadi tali dia
nanti , kita ikatlah satu
tali panjang… tali panjang… caranya ikat
,adalah caranya,
dia kalau kita tarik pun tak lepas tak
hanyut.. jadi itulah..
berapa-berapa ribu pun kita mampu, tarik
kelapa tu keluar..
dengan cara tadi dengan menggunakan air
lah yang ada..
jadi air tadi tu.. air tadi tu.. sebelum
kekeringan.. kita
memang tunggu apa.. tunggu air.. air tu…
(air masuk, air
pasang).. air masuk.. dah sekian
banyaklah, dah mampulah
kita gunakan, kan.. (maknanya, ambik
kelapanya dulu, dah
kat bawah semua.. lepas tu tunggu air
masuk?).. tak.. tak..
ini.. kelapa masih kat atas.. dah
dipanjat diturunkan
kan..dikumpul, kumpul katakan.. kumpul,
kumpul.. kat sini
tadi satu longgok satu longgok.. satu..
masing-masing dah
diikatlah tadi.. yang saya cakap
tadikan.. bila air pasang, kita
nak tuangkan.. baru kita campakkan dalam
parit.. adalah
satu tukang ikat, satu tukang campak…
campak orang
campak.. itu nama dia Cambik… (cambik?)
ha.. tali tadi tu..
tali,, tali cambik tadi tu.. memang ada
juallah.. sekian
panjang, berapa panjang kita nak beli,
baru kita potong…
mungkin.. daripada sini sampai jalan tu
lah panjangnya.. itu
baru satu boleh katakana satu… satu ukur
tali.. ha…..
kadang-kadang, kadang-kadang saya pun
tak ingatlah.
Berapa… berapa ratus, berapa ribu dia
mampu tarik sekali.
Tarik-tarik kelapa tu kan.. berapa-berapa,
lima, enam ribu,,
dah siap ikat sebegitu panjang tali....
nanti sampai kat
pengkalan depan sana.. nanti bukak
balik,, campak..
campak.. campak.. ada pulak tu tukang
hitung.. aaa… dulu
ngitungnya.. (pakai daun kelapa) aha..
pakai daun kelapa..
(lipat).. aha.. lipat macam nilah
katakan.. (abah ada cerita
jugak..).. macam ni kan…kalau kita,
kelapa tadi.. sekali
campak.. empat biji tau.. kan dia ikat
tadi kan?? Dua-dua
dicantum, ditindihkan dua jadi empat
kan?? Jadi sekali
bukak.. kelapa satu, dua, tiga, empat,
sepuloh… bila lima tak
cakap lima.. sepuloh.. jadi bermakna..
empat kali lima..
berapa?? (empat kali lima, dua puluh..)
ha.. dua puloh.. satu
lipat kelapa, daun.. satu lipat..
begitulah seterusnya.. jadi ni,
satu, satu lipat.. dua lipat, tiga lipat,
empat lipat, lima lipat
kan??.. lima lipat.. ha.. selang lagi..
ha… ni tadi.. macam ni
kan.. macam ni kan.. tulis senang..
macam tadilah hitung..
berapa, satu, dua, tiga, empat,
sepuloh…. Satu, dua, tiga,
empat, sepuloh.. begitu seterusnya,
puloh……puloh.. lima
kan? Ni maksudnya,, ni dua puloh, dua
puloh, dua puloh,
dua puloh, dah seratus biji kelapa..
faham tak?? Nanti nak
terus kan.. jangan campur.. (lipat jauh
sikit).. dek..
renggangkan sikit… gitu seterusnya..
ceporibu pun kita tak
lari dia punya jumlah.. ha….. sepuluh
ribu pun tak lari dia
punya jumlah.. itulah cara dulu.. jadi
kalau satu daun kelapa
tak cukup, lima, enam helai digunakan..
tak kesah.. lima,
enam helai kadang.. saya sendiri pun
kadang-kadang ikut
tolong orang hitung, saya jugak. Ha……
jadi kita cerita pulak
pasal kelapa sekarang ea,, tadi kita
siap longgok kan..tinggal
ngopek ajalah.. kalau kita nak usahakan
sendiri.. bermakna
kita ada salai sendirilah. Kita dah
longgok, tinggal kopek,
siap kopek.. kadang-kadang ada empat
ribu, ada lima ribu,
ada juga sampai tujuh ribu, sekali…….
Sekali diusahakan,
salai… dulu salai apa..
aaa……………dah apakan… dah…….kelapa tu di
belah.
(dah salai).. biasa tukang kopek
laki-laki lah.. dulu
perempuan pun rajin tolong kita belah..
perempuan-
perempuan yang agak-agak berumur sikit
dan rajin.. lepas
belah tu… kita apa ni.. dah….kita… ehem…
dikandarlah
masuk bakul.. dingandar ke atas salai..
cara nyalainya…
kalau situ dituang aja kat lantai.. kat
lantai tu.. lantai tu..
(simen??) tak.. tak ada simen.. Cuma..
Cuma apa tu.. lantai
dinding, biasa dinding papan kan..
dinding papan, lantai
batang pinang.. itu pun renggang..
renggang gini ajalah.. jadi
kelapa pertama tu.. tuang aja situ..
tuang-tuanglah.. dah siap
semua… bagi ratakan tu, sama rata itu
lebih kuranglah..
bukan rata betul..Cuma atas tu ditelungkupkan…
ditelungkupkan sebab apa.. kalau kelapa
tu, awak susun
daripada bawah nak salai.. jawabnya tak keringlah kelapa
tu.. pasal apa, dia tertutup dengan
sendirinya sesame dia..
jadi kat situ longgok, atas je, atas tu
sebagai penutup asap
je. Lepas tu pasang api.. pasang api
kita susun tempurung tu
kan, bawah dalam, dalam apa ni, dalam
bangunan salai tu
kan.. dalam kan salai tu anu, aaa… apa
ni..ada salai besar,
ada salai kecik, kadang-kadang sampai
empat, lima ribu ada
kan.. jjadi,…cara… cara susun
apa…tempurung tadi..ada
orang buat dia empat segi kan.. empat
segi tu, ada orang,
ea.. ada orang buat.. empat, em..empat
apa ni..empat
mata..orang panggil mata api lah.. jadi
satu, satu garis tu apa
dia,tempurung tadi satu, ha ini dia mata
api dia kat sini lah..
yang kedua, kemudian, sini tiga, balas
balik empat.. jadi
tempurung tadi ni ada empat susun tau..
yang pertama tadi
empat susun ke apa, satu, dua, tiga..
ada empat ada
tigalah.. tengok kemampuan
tempurunglah.. mma.mata api
dia.. aa..kat sini, hujung dia
kan..kemudian ni, ni
renggangkan sikit, jangan rapat.. ha..
sini… mati kat sini,
mata api kat sini.. sini sama juga.. aa…
mata api dia kat sini..
kemudian sini.. dia bertemu empat mata
api.. nanti kalau
dia,, kita nak jaga tu.. kadang-kadang
dia tempias kat
dinding tu, tu yang kadang-kadang
menyebabkan
kebakaran.. (maknanya susun kat bawah
tempat salai tu??)
tak, kat dalam dia.. dalam dia.. (oh.. dalam
dia..)..
dalam,dalam salai.. tu dia punya wap dia
tu, apa dia..
(asap?).. yelah, asap memang asap.. dia
apa nu, apa ni..
bahang, bahang kan.. itu yang
mengeringkan.. apa tadi, tapi
yang pertama.. jadi ada sambungan yang
kedua..bila api ni
dah padam, kita buat lagi sekali, kalau
sekali tak boleh..
(oo… tak boleh kiranya, bila padam satu
ni, tak boleh terus
cungkil..) ha.. tak boleh.. belum kering
lagi.. kedua fa… I
kedua fa.. iya fitang onnang, keluku
erro.. ni ampureng mi
tau ki bangko ea.. dek sa ni susung
erro.. yasek na mi erro di
faloppang.. I faloppangngi kaddaro ea..
natutuk ni asesak
kang.. ni ala fasampo-e.. ha…
Insyaallah.. Cuma.. ada.. ada
kelapa.. tengah-tengah dia longkah
sendiri tau.. ada masih
mentah lagi, jadi anulah.. tengok
keadaan api lah…aaa..
keadaan api..jadi, baru boleh
dicungkil,, cungkil tu lah..
cungkil,cungkil,cungkil, habis… kemudian
disiat dibelah dua..
(dipatahkan).. aa.. pakai tangan
je..siat belah dua..baru
dicampak, tabor balik.. itu.. disalai
lagi.. itu, itu ada orang,
ada juga orang susun.. susun rentas, ada
juga yang tak
payah.. itu pun kadang-kadang sekali,
kadang-kadang dua
kali, tengok keadaan anulah.. keadaan
kemampuan api.. dah
kering ke tak kering.. sebab apa, sebab
apa..kita jual kelapa
ni.. dia nak sekurang-kurang tiga suku
masak.. pembeli dia
tengok tu.. dia belah kelapa tu dia
tengok keadaan dia..
masak ke mentah ke.. (lagi bagus kalau
masak teruslah??)
haah… lagi bagus masak dah..nombor satu,
nombor satu
terus boleh diproses.. bawak kat kilang
jadi minyak.. (oo.
Buat minyak kelapa..) .. itu orang
panggil minyak kelapa..
kalau minyak kelapa dulu memang asli..
taka da campuran
apa-apa. Sekarang.. campur sawit..
sekarang minyak sawit,
dicampur kelapa sekarang.. bukan minyak
kelapa dicampur
sawit.. ha.. sekarang.. jadi dulu
memang, kawasan sini dulu..
dia punya kilang, kilang memperoses
minyak, minyak kelapa
kan ada dua. Satu yang Parit Tengah
sekarang.. yang
sebelah,sebelah kubur tu.. ada..ada..
Parit Tengah, Pontian..
Parit Tengah ni.. Kubur sebelah dia kan,
ada masjid baru tu..
dia ada Parit Tengah tu,, sini ada
parit, tembus Parit Sayang
kan.. ha… kilang kelapa nya sini. Kubur
kat sini.. (tepi jalan
besar).. tepi jalan besar.. tapi
sekarang kilang pun dah mati
jugalah.. pasal tak ada kelapa kan..
yang kedua kat
Merlong.. kat Merlong pun saya dah lupa
dimana tapaknya,
(Kluang Darat sana).. Tak,, dekat,,
dekat JK tu. Jalan JK..
dulu, selalu, selalu saya ikut lori..
hantar kelapa.. kat situ
tempat jualan dia, beli minyak pun kat
situ.. kadang-kadang
dulu beli minyak kelapa, satu tin minyak
tanah baru berapa,
baru empat ringgit tak salah saya.. (tin
minyak tanah empat
segi??) haah.. tin, tin anu, yang besar
tu kan.. baru empat
ringgit dulu.. bandingkan dengan harga
sekarang. Minyak
tanah pun gitu dulu, baru tiga ringgit
setengah satu tin tu..
sekarang empat puloh ringgit mana
dapat.. lepas tu nak beli
sebotol sekarang entah berapa ringgit..
(satu botol kicap pun
dah dua ringgit lebih..) ha..
bandingkanlah. Dulu satu minyak
tanah baru tiga ringgit setengah.. itu
dah sekitar tahun 50-an
tau.. itu cerita kelapa ya.. kelapa
lebih kurang.. yang kelapa
ni.. dah salai tadi.. dah siap salai
kita apa ni,, masuk
gunilah.. gunitu kita anu, kita cara
mengisi guni tu, ni empat
segi kan..daripada satu tiang ni ada
satu tali, tali tu siap dia
punya apa tu, apa nama,, ah… saya pun
tak tahu nak sebut..
macam kangculah.. paku
dibengkokkan.. untuk
menyangkutkan guni.. sini satu, sini
satu, sini satu, sini satu,
ha.. itulah.. (guna guni besar lah??)
ha.. guna guni Siam..
Guni Siam besar tu.. yang paling besar..
jadi,.. jadi guni tu..
dah digantung gitu kan.. masa mula-mula
tu, dia tak jejak
lantai.. sebab apa lama-lama dia jejak
sendiri kan..
masukkan, pakai pongkis masukkan kelapa
kering tadi,
tumbok.. (tumbok??) tumbok.. biar dia
mendap.. mendap
sampai penuh kan.. sampai guni tu
kadang-kadang koyak
dibuatnya.. penuh.. lagi tu,, bukak…
buat lagi guni lain.. dia
gitulah seterusnya.. kadang-kadang
sampai sepuloh guni,
dua puloh guni.. macam perahu saya dulu
kan.. dulu.. dulu
pakai sistem anu, sistem timbangan
timbangan kati..pikul…
ha.. kati, pikul.. jadi dulu kalau satu
pikul tu bermakna
seratus kati lah.. dia sekarang.. (satu
kati enam ratus gram..)
dulu pakai sistem anu, sistem aa..
sistem.. pakai sistem anu
timbangan kati kan.. Kati, Pikul,
Koyan.. Koyan ni kita tak
ambil sangatlah pasal tu tinggi sangat..
berapa pikul baru
satu koyan.. daripada tahil dulu.. dua
belas tahil satu kati,
dua belas tahil satu kati, satu kati
satu pikul.. aaa. (seratus
kati satu pikul?) ha… ermm… empat puluh
pikul satu
Koyan.. ha tu… jadi koyan kta tak anu
sangatlah.. pasal
terlalu banyak.. tadi perahu besar saya
tadi.. dia mampu
muat sampai empat puluh pikul.. ehhh…
(satu koyanlah??)
aha… dekat satu koyanlah.. tapi kita tak
jejakkanlah.. sebab
apa kita takut juga berlaku sesuatu,
tenggelam ke apa kan..
Sungai Benut tu.. ha.. Sungai Benut ni
sekarang.. ini Parit
Stan dulu.. air pasang besar.. mengayuh
tau.. (berapa orang
yang kawal perahu??) kadang-kadang
sorang, kadang-
kadang dua oranglah.. tidak-tidak dua
orang.. kalau tidak
pun saya sendiri yang mengayuh..
kadang-kadang cara
mengayuh tu,, ada orang mengayuh pakai anu
apa tu.. Ciuk
punya kan.. orang berdiri.. tepi tu,di
pasang satu kayu, kayu
tu ditakuk, dia apa ni, untuk sangkut,
sangkut apa, sangkut
tali.. ada tali macam tali gelang kita
sengaja buatkan, untuk
itu biar tahan,kemudian, dayung kita tu
masuk dalam tali
tadi.. kita kayuh lah.. tu yang nak
buat.. tapi saya, perahu
saya boleh tahan juga.. duduk je kayuh..
kalau perahu saya,
(duduk belakang sekali).. aha.. mengayuh
je.. kita Cuma nak
pandu ajalah.. paham ajalah, dalam parit
tu banyak sangat
tunggul.. pokok kelapa pun ada, pokok
nipah pun ada,
paham semua.. saya dulu mahir.. mahir
berenang, mahir
kayuh perahu.. kadang-kadang sampai
Benut saya sorang
je. Sorang je mengayuh saya.. tak
kesah,, dah pandai..
masa
budak-budaklah.. masa bujang pun ye jugak..
jadi
kelapa tu dah siap gitu kan.. jadi
kelapa ni, ada setengah-
tengah orang.. digunakan pekerja.. orang
cari kerja.. panjat
kelapa.. (itu dah jadi salah satu
pekerjaan??) satu
pekerjaanlah masa tu.. lain daripada tu,
macam pinang kan..
pinang kita kebanyakkan tak mampu buat
sendiri kan.. Cuma
bagi pajak ajalah.. pajak dengan orang
cina.. tukang pajak
dulu Ah Chui bapak Lek Lek.. (ah Chu)..
Ah Chui.. bapak Lek
Lek.. kemudian bapak Labah dulu..tukang
pajak dulu..
pinang.. pinang ni..kegunaan dia banyak,
batang dia boleh
buat tiang, buat lantai, macam macam
lah.. kelapa Cuma
kita gunakan dia punya buah je.. daun kering tak seberapa..
Selodang tu kalau rajin boleh buat api..
selodang.. kan ada,
bungkusan awal yang mengeluarkan bunga.
(yang keras
tu??) yang keras tu kan..dia ada muncung
kan.. aa.. itu
dipanggil selodang.. Selodang Kelapa..
kalau orang dulu
buat kayu api.. tapi dulu kita banyak
tempurung, tak
endahkan semua tu.. aaa… jadi kelapa
Cuma yang kita
perlukan dulu hanya buah dia.. Cuma
kelapanya, sabut, itu
je.. tapi, kelapa ni serba serbi kita
boleh gunakan, daun dia
boleh buat bakul, macam-macamlah… orang
buat bungkus
cempedak, bungkus.. (lepat-lepat).. ha…
sejarah daun
kelapa ni memang banyak. Banyak sangat
dia punya
kegunaan orang yang pandai.. pinang Cuma
batang dia
ajelah.. buah dijual. Pinang ni
sebenarnya, pinang ni,
penghasilannya dia…apa ni dijadikan
anu,, dijadikan
pencelup… (pewarna)… ha.. pewarna…
(untuk??).. dulu
buat macam kain..(ooo.pencelop untuk
warna kain..
maknanya warna merah ajalah??) dia
pandailah warna-
warnikan kan.. sebab apa benda tu dia
boleh kekal lama..
getah dia.. ha itu,, selain daripada
orang makan.. tak
seberapalah.. kalau india tu memang..
boleh dikatakan
majoritinya makan Sireh.. tapi takkan
sebanyak-banyak
pinang dia nak makan semua… jadi itulah
digunakan tadi..
pewarna… tapi yang saya tahulah..
lain-lain tak tahu macam
mana.. sesudah kampung ni dilanda satu
penyakit tau..
(penyakit??) aah.. (penyakit orang??).
bukan, bukan..
macam kelapa tadi… (oh penyakit tanaman) pernah berlaku
penyakit bermati-matian sepokok demi
sepokok kelapa tu…
macam bapak saya sendiri putus asa…
akhirnya tanam
getah.. (tukar kelapa kepada getah..)
kepada getah.. sekali
tanam getah.. selepas tanam getah..
getah pulak lama-lama
turun harga.. turun harga diusahakan
jugalah, habis nak buat
macam mana, itulah kerja yang kita ada
setelah penghasilan
yang kita buat.. jadi sesudah tu..
sebelum, apa… sebelum
tadi.. tanam getah kan.. macam Parit
Stan ni dahulu..
senang air pasang keluar masukkan.. jadi
anulah… berjalan
projek.. projek.. apa ni… Pembinaan Tali
Air.. (oh.. kerajaan
yang buat).. aah… kerajaan.. (agak-agak
tahun berapa tu??)
mula-mula dulu dipanggil tali air
kan…itu… kalau kawasan
kita ni dimulakan tahun lima puloh tujuh
lah.. (start
merdekalah..) haah.. sebelum merdeka
lagi.. awal 1957 kan..
saya ingat,,, saya ingat masa dia masuk
hutan, tebang
pokok.. sampai dia gali sungai..
awal-awal tahun 70-an.. jadi
bila.. siap tadi kan.. parit kita
ditutuplah.. tutup kat banteng
yang ada gate sekarang.. jadi air pasang
tak bebas keluar
masuk.. bila air pasang tak bebas keluar
masuk.. macam-
macam pulak berlaku..salah satunya..
tegoklah keadaan
rumput sekarang macam mana.. dengan
sebab air tak
mengalir, jadi rumput pun makin
menjadi-jadi.. menjadi-
jadi… (air masin takmasuk).. air masin
tak masuk.. (rumput
tak mati).. tujuan tali air sebenarnya
untuk mencegah
daripada berlaku banjir.. sekat air
sungai tu masuk.. tapi..
tapi ada juga buruk baiknya.. sebab
apa.. air pasang masuk..
air masin sekali sekala ada jugalah..
jejak kat sini kan.. jadi
rumput pun, rumput pun.. (mati).. mati
tu tidak, sekurang-
kurangnya boleh melemaskan.. yang
ketiganya…keadaan
perparitan tu, airnya tak mengalir..
jadi air, air Nampak kotor
sikit.. pasal air tak bebas.. dia tak
bertukar-tukar.. (jadi
masamlah).. ha.. jadi masam.. apa ni..
selain daripada tu ye..
orang kapung pun dah mula berfikir dua
kali lah.. kelapa-
kelapa kebanyakkannya dah mati..
masing-masing
bertindaklah.. mengubah pulak, mengubah
cara… kepada
kelapa tadi ditanam getah.. ada juga
kerajaan mengeluarkan
satu arahan menyertai projek
meningkatkan
Plantation..Plantinglah.. (planting
getah??).. tak kesahlah..
masa tu kelapa mula-mula.. getah
kemudian.. kalau masuk
planting tu boleh lah tanam semula kelapa
kalau dia nak..
ataupun nak tanam getah,, tapi tanam
getah ni kena berubah
syarat.. (ada syarat khas lah..) pasal
apa…pasal geran tanah
kita kelapa…berubah kepada getah.. tulah
syarat tetap..
banyak juga orang anu tak nak ikut
syarat.. macam ni
dulukan sama..plantingkan.. planting
daripada kelapa tanam
getah dulu.. tanam getah.. dia nak tanam
sawit.. contohnya
Hj. Malik sendirilah.. tanam sawit.. dia
dah tebang getah..
dah tanam sawit..baru dia nak motong
apa… dia baru..baru..
baru dia nak mohon bantuankan.. mohon
bantuan…. Aaa….
Janji, tunggul getah tu nak ada lagi..
dia pergi tengok.. sekali
pihak yang berkenaan pergi tengok ada
bukti… ada bukti
masukkan planting.. lulus itu yang dia
dapat bantuan….
Aaa… sebab tunggul getah ada lagi membuktikan
dulu
tanam getah..aaa.. planting.. Pisang ni…
pisang ni pulak..
Cuma.. apa ni…pekerjaan selingan aja..
(buat makan-makan
je). Jual pun sikit-sikit.. tapi, kata
orang tu tak masuk
bukulah.. penghasilan juga.. balik
kepada kampung, cerita
kampung… Parit Stan ni dulu mempunyai,
salah satu
mempunyai penduduk, tak tahu bilangan,
entah berapa
bilangan dulu kan. Sebab apa, boleh
dikatakan seluruh Parit
Stan ni.. Rumah satu-satu je dulu..
(jarak-jaraklah??) dia
berjarak.. daripada ulu Parit Stan ni..
tempat Labah dulukan,
itu Cuma parit dulu sebelum tali air..
tembus Parit Betak..
sampailah ke Parit Stan, sampailah ke
Sungai Benut.. kalau
tak naik perahu, banyakkan berjalan
kaki.. yang naik basikal
masa tu payah kita nak jumpa satu
basikal lagi.. sekitar
tahun, akhir-akhir 40-an, awal 50-an..
basikal pun satu dua je
yang ada.. (susah nak jumpa).. ye
susah.. basikal yang
terkenal dulu, basikal mewah basikal
Rally.. Rally, Rally apa
ni.. apa nama ni. Rally Special dengan
Rally Sport. Sport…
basikal canggihlah kalau masa dulu..
(rally sport dengan??)
Rally special.. jadi… laluan orang dulu…
kalau tak laluan
turun anu lah.. maksudnya laluan turun
ke pasar lah.. kalau
tak melalui jalan air naik perahu..
melalui parit-parit Parit
Stan ni keluar pergi ke Sungai Benut..
dia berjala kaki kalau
tak naik basikal.. tempat berjalan
kakinya mana dulu, salah
satu jalan kakinya lah depan Rumah
Halidek..tembus Parit
Hasan.. Parit Hasan, yang menyeberang
Parit Hasan.. (oh…
yang kebun La Ming depan tu??).. aha…
kebun La Ming..
Tapi, kan ada sebelah dia pokok Manggis
tu kan.. itulah
jalannya dulu.. jadi asal kebun tu
dulu.. ada padang bola
tau.. depan rumah Halidek tu dulu ada
padang bola Parit
Stan.. padang bola pertama.. saya jumpa
orang main bola
kan.. bola dulu keras, bola kulit.. bola
kulitkan, berjahit.. dia
ada mulut.. mulut dia tali macam kasut..
(pernah tengoklah
dalam internet..) internet?? (aha..)
kemudian dia
menggunakan tiub.. tiub… tiub tu dipam..
kemudian ada
pamnya, ada pam basikal.. kemudian
kepala tiub tadi ni…
dia simpulkan kat getah,,baru kita
selitkan di dalam apa tu…
dalam bola sepak tadi kan. Bukan senang
nak selitkan tu..
selitkan tu tak boleh dia keluar..
keluar kita sepak, sakit kita
nanti.. walaupun talinya sekali.. tali
dia tali kulit.. itu bola
sepak tadi kan.. itulah masa saya
kecik-kecik.. lain.. lain
tempat orang jalan kaki dulu..
tempatnya…. Tempatnya
sekarang,,, aaa.. sini tempat Hasing Wak
Dollah.. Hasing…
Hasing, Ahmad Sudding… kawasan kat situ
tembus depan…
tempat Tai hing.. anu.. tempat,, (tempat
Tee Heng..).. Parit
Hasan.. daripada situ tembus situ..
tembusnya kat mana
dulu.. aaa… itu… (kat Parit Abdul Rahman
kat Mana??) itu
tempat kedai Ah Tiak lah.. (ooo…)
itulah… apa ni.. laluan
jalan kaki dulu.. (habis kalau ke Benut,
ke Pekan Benut??)..
Benut… naik bas.. ( ada jembatan??) naik
bas..(ooo.. dah
ada jembatanlah masa tu??).. aaa…
jembatan dah ada..
jadi.. (ingatkan jembatan tu baru
buat..) jadi… apa ni…
terlanjur kita sebut jembatan… jembatan
Benut dulu, yang
saya jumpa yang pertama lantai kayu,
(lantai kayu??)
haah… lantai kayu.. kemudian apa
ni..laluan saluran paip air
tu dulu… dia ada tiang dia sendiri.. dia
tak bercantum denga
jembatan… sebab apa.. jembatan pertama,
jembatan
simen.. dah hancur dibom, dibom tak
salah British, yang
bom.. dia…. Jepunlah… jepun…. Jepun ke
yang bom dia..
British ke Jepun.. setahu saya Jepun
lah, sebab apa….
Sebab dia tak bagi British menyeberang..
(maknanya jepun
yang buatlah jembatan tu??).. saya
jumpa. Dia punya
bangkai jembatan tu saya jumpa, sebab
apa masa saya
lalu,, kan selalu naik perahu.. kan ada
bangkai-bangkai apa
semua.. jadi jembatan kayu tadi tu..
(lepas simen, kayu??)
jembatan kayu tadi lantai kayu kan… kayu
tu mesti tebal,
besar-besar kan.. kalau… kalau jembatan
sekarang ni, kat
sini kita dengar .. Klentung…
klentung..klentung.. ada
lagilah.. (sampai ke sini bunyi dia??)
aha.. bunyi dia..
memang kuat.. oho…klentung,klentung dia
bunyi.. jadi kita
tahulah adalah kereta lalu…
sekurang-kurangnya, bas ke,
lori ke kan….. jadi orang dekat-dekat
situ pun.. baru…
beberapa hari yang lepas saya bercerita
kat masjid Benut..
kisah-kisah jembata tu kan, kita dulu
senang kata dia…
eh….tadi… kebetulan petang tadi saya
sembahyang, tapi
boleh dikatakan hari-hari saya
sembahyang kat Benut…
Zohor dan Asar.. kalau petang saya tak
ada kat sini, ada kat
masjidlah tu.. aaa… kita dulu senang..
kalau kita tunggu bas
kita tunggulah jembatan tu bunyi.. bas
dah dekat tu kata dia..
senang tunggulah… hehehe… (petandalah..)
aha….
Petanda… jadi sesudah tu dik ea..
sesudah jembatan kayu
tadi.. baru… baru dibina jembatan… pagar
besi kan… pagar
besi.. jadi.. saya jumpa juga tu.. yang
tukang kerja dia tu
Keling Hindu.. mungkin sekarang Bangla
lah.. orang panggil
Keling Hindu dulu… Bangla lah sekarang,
orang panggil
Keling Hindu.. sebab apa dipanggil
Hindu.. Keling Hindu
dulu,, dia tu bukan Islam, lagipun
memang warna dia hitam
betul…. Hitam berminyak kita tengok..
(berkilatlah).. aha..
berkilat… tapi memang dia kerja tahan
panas… jadi
daripada seberang sebelah sini tau… dia
punya.. dia punya
apa tu… kan sekarang ada, ada tiang
terbengkalai
sekarangkan… ada kan?? Tempat orang
mancing selalu..
ada tiang tu, tu memang dah siap buat
dulu tu.. jadi…
jembatan tu ditarik pakai tali tau…
adalah dia punya alas tu
kan.. dia buat apa tu, dia punya.. apa
kata orang tu.. dia
punya landasan tau.. adalah.. dia punya
landasan.. dia tarik
pakai tali tau.. dia nyanyi keling tu
ramai-ramai tau.. dia
tarik.. bukan apa, dia nyanyi tu biar tu
tenaga dia serentak
bergerak… macam juga kita.. melakukan
sesuatu
bendakan.. macam kita pikul kan..
diaorang pikul satu
batang kayu umpamakan ea.. berat kan…
kita nak campak..
mesti nak saing-saing campak.. jangan
awak campak, saya
tak campak.. nanti ada yang sakit…
terpelanting… jadi.. jadi
cara kita.. satu, dua, tiga… ha jatuh..
kan sama-sama..
saing-saing.. dia tak.. dia nyanyi tau..
saya ingat lagi dia
nyanyi keling tu.. dia kata… hilo-hilo
obelio-olan ocean
haihaiyak… itulah lagu dia.. dia
nyanyi.. hilo-hilo obelio-olan
ocean haihaiyak… kita pun tak tahu apa
makna.. tu cakap
keling.. saya ingat lagi.. jadi.. sesudah..
sesudah tu dah
siapkan…. Aaaa… barulah jembatan
sekarang ni diubahsuai
pulak.. dibesarkan.. ditinggikan,
dibesarkan… aaa… dulu
jembatan tu… banyak tiang… tiang kayu,
ha.. tiang kayu..
kadang-kadang kita naik perahu pun nak
berjaga-jaga, nanti
terlanggar tiang pulak.. pecah pulak
perahu kita. Ha tulah..
kadang-kadang kalau air pasang dah
terlalu tinggi.. terlalu
naikkan… kita tak dapat lepas, sampai
lantai.. sampai
pernah saya ingat tau lantai jembatan
tenggelam air
pasang.. aha.. bermakna.. jembatan rendah
sikitlah.. tak
macam sekarang tinggi… ha itu saya
ingat.. ada sebab
jembatan sekarang ni yang ada… jadi,,
jadi sungai Benut tu
tak silap saya jembatan kedua.. lepas tu
jembatan yang
ketiga… (jadi yang sekarang ni yang
ketiga??) tak silap saya
yang ketiga.. yang kena bom sekali.. di
zaman yang…. (80-
an??) dizaman Jepun kan… Jepun.. runtuh…
bertukar kayu..
baru dibina yang ada sekarang.. ini pun
dibina ni, yelah..
zaman sekarang kan.. jadi dulu..dulu dia
punya bas dulu
memang company sekaranglah,, sentiasa
Coastal.. aha..
daripada dulu,, Coastal… dulu tambang
daripada Sungai
Besar tu, Sunagi Besar ke Benut baru
lima belas sen.. ha…
sekarang… (sekarang budak-budak sekolah
je dah
seringgit.) .. ha… tulah.. pergi Batu
Pahat baru lapan puluh
lima sen.. tahun 50-an… dulu Pontian
baru… tak salah
baru… jadi sekian lima puluh sen lah..
sekarang dah tiga
ringgit setengah.. pergi Pontian… itu
belum menyeberang
lagi Bandar Baru.. jadi dulu parit stan
ni.. taka da perahu,
jalan kaki.. jalan kaki.. cara…. Cara
apa ni… cara… dia
punya cara mendapatkan bekalan dapur pun
kadang-kadang
seminggu sekali.. (seminggu sekali..
bermakna.. tak boleh
lah kita buat hari-hari kan.. takkan nak
buat hari-hari.. dia
orang dulu belanja ni memang secara
besar-besaranlah..
umpama yang saya ingat, bapak saya..
kalau beli beras
memang… sekurang-kurang satu guni Siam..dulu
mana
beras mana pakai peket… pakai timbang
semua.. gula pun
timbang.. ha.. tu dah timbang..
kemudian belanja bungkus,
tetapi kebanyakkan.. tak apa.. tak..
kertas.. ada satu kertas
kuning kan..sebelah atas. itulah kertas
yang, yang kertas
yang tebal tu selain daripada
Opeh.. Opeh.. buat, buat apa
ni, barang-barang kering… sebab dulu
kita senang cari
Opeh… jadi pengalaman saya dulu, masa
budak-budak ea..
pandai cari duit sendiri.. sumber saya
yang tak susah cari
Opeh.. Opeh….. Opeh, Opeh Pinang ni..
Opeh ni ada tiga
gred… satu lebar, macam ni, besar kan..
itu.. A lah.. A dapat
harga dia tu lebih sikitlah.. yang
sedang, kemudian ada
Opeh tu berbelang-belang.. ada tu,
kadang-kadang ada
belang-belang tu, ada hitamnya sikit..
kita taruk C.. Cina
nilaikan.. tapi…. Harga Opeh pun turun
naik, turun naik
juga.. Kadang-kadang lima sen, seposen,
aaa… saya
dulu…(dikopekkan kulit belakangnya??)
saya dulu memang
kuat cari Opeh.. sampai tempat atok awak
pun saya sapu..
betul… saya, saya tak nafi kan..
budak-budak lagi,, dulu
macam taka da undang-undang lagi.. awak
jumpa awak
punya, saya jumpa, walaupun depan rumah
saya awak
jumpa, awak jumpa awak ambiklah..
……………………………………………………………………
Jadi, jadi Opeh tadi..kita dah siap
kupas kan. Cara
mengupas tu masing-masinglah.. ada
pengalaman sendiri
kan.. ada daripada pangkal, ada daripada
hujung.. masing-
masing kecekapan masing-masing.. tak
kira…. ( pernah
jugak buat dulu… pernah kopek, lepas tu
jual dengan cina d
epan ni, lima belas sen..) kerja kitalah
dulu, cari Opeh dulu..
yang kerja-kerja macam apa ni..kerja
kelapa, pinang itu
kemudianlah.. jadi kadang-kadang juga
pergi anu,, cari opah
sendiri.. katakana kita pergi menebas
ke.. cari duit kocek
sendiri.. kita tak nak menyusahkan orang
tua kitakan.. jalan
kaki dulu, orang, orang pun tak
pertikaikan.. tak juga
merungutlah.. tapi susahnya tuhan je
yang tahu.. sini Parit
Makuaseng saya biasa sangat jalan kaki,
ha… sini je Parit
Makuaseng biasa sangat jalan kaki..
jangan kata pergi
mana, pergi.. turun..kat sungai besar
je,.. pasal kita nak ke
Benut ke, nak ke Rengit ke.. tapi dulu
banyakkan pergi
Benut.. jarang ke Rengit.. ha jarang..
pasal…pasal kita ni
memang… memang benut.. dulu Benut
meriah.. orang
panggil Tanjung.. aaa.. Parit Stan
dulu.. yang punya senjata
api pun banyak, yang saya boleh ingat
dulu ye… yang ada
senjata api, senapang ni… daripada darat
sekalikan… bapak
Tairek tu… nama dia wak Bilak… wak
Semaila… dah
arwahkan.. Semaila… Daeng Perani, Fak
Leyhek lah.. Wak
Napik,wak napik…. Yang saya ingatlah,
Wak Hasyim…
semua ada senapang dulu.. wak Hasyim…
aaa…pergi sini…
arwahnya Wak Hj. Ali.. kebanyakkanlah..
Hj. Ali… awak tak
jumpalah.. sebelah rumah nenek.. ada
kebun dia yang Cikgu
Hambali pegang sekarang.. sekarang
keling.. keling,keling…
wak Hj. Ali dulu, baru Wak Hj. Ahmad..
Hj. Ahmad kan..
lepas tu ada sini nama dulu.. aaa…. Apa
tu… erm…. Hj.
Daeng Pelagu ada.. dah berapa tadi??
(tujuh) tujuh ea…
Daeng Pelagu ea.. Hj. Daeng Pelagu… baru pergi.. wak
Cappak saya tak ingat… Man Dollah..
Bapak mertua
Halidek.. (ada..ada… yang abah marah
tu..) la Dollah kan..
aaa.. apa ni… jadi, bapak sayalah..
(semua pegang senjata
tu untuk..untuk??) sendiri… (ooo… taka
da join askar ke
apa??) tak…. Lepas tu Hj. Ismail kan..
tapi Hj. Ismail kat parit
Stan ni dia baru.. baru.. 50-an dulu..
yang kita semua ni 40-
an.. sebelum 40-an lagilah.. yang laut
dulu, macam Fang
Longeng.. dia datang-datang je Parit
Makuaseng.. tak bleh
masuk campurlah.. masuk kiralah… aaa….
Dempong pun..
Dempong pun kemudian.. itulah yang saya
ingat dulu
sebelah laut dulu.. laut agaknya tak
adalah.. banyak
senapang, banyakkan kena tarik
meninggal, meninggal kena
tarik.. tapi macam Daeng Pelagu tadi..
dia pergi membaharui
lesen kan.. dia terlalu cermat, jarang
pakai… jadi pemeriksa
senapang tu kalau sekarang panggil
Umerah lah kan.. pakcik
kata dia senapang ni tak pernah pakai…
kita simpan aja lah
kata dia.. hehehe dia tarik.. ha.. macam
tak pernah kena
sentuh senapang tu… (Hj. Cengkak dek
gaga balilik na la??)
Hj.Cengkak, wu lufai lah.. enggka ga
dek.. tapi banyakkan
laras satu dulu senapang.. (macam abah
punya dulu??)
aha…. Contoh macam Man Dollah lah salah
satunya…
itulah.. (seppuloh lebih..) (senjata tu
diguna untuk apa??)
ah?? Untuk jaga, jaga rumah je.. (jaga
rumah jelah??) untuk
jaga rumah.. dulu.. yang saya ingat dulu
tahun 40-an kan..
pasukan keselamatan kita daripada Home
Guard.. Home
Guard.. H..G.. (H.G).. Home Guard ada..
yang saya ingat
dulu arwah bapak dia.. memang Home
Guard.. sebab apa
saya rajin dulu.. orang tua-tua datang
saya sedia tengah
jalan.. tabik… dia pakai baju kuning..
saya ingat dulu baju
kuning… kuning anu.. kuning apa…itu
tunjukkan macam
kotak nilah.. bukan kuning betul.. (dia
ada.. ada cerah lagi..)
a..ada… saya ingat.. (Home Guard tu
untuk jaga apa je??)
kawalan kampung…. (kawal kampung
jelah).. pengawal
kampung.. Home Guard ni kalau sekarang
ni macam RELA
lah.. pelapis.. pelapis yang ketiga
jugalah.. A.P… A.P.. A.P ni
tak salah adik-beradik dengan Home
Guardlah.. A.P… A.P ni
saya tak tahu dia punya makna tu.. P..
tu Polis lah
maksudnya.. A tu.. saya pun tak berapa
kesan apa maksud
dia.. itulah dulu.. ooo.. aaaa.. musim
KPU pun saya jumpa..
KPU.. perintah berkurung.. kalau pukul
enam petang dah tak
boleh keluar lagi.. (aa… time daruratlah
tu??) darurat…
(KPU..) aha.. KPU… Kemudian beras di
catu.. (ooo.. ni
apa,,) ada had guna.. (ada had-had
dia..).. aha.. dicatu.. ada,
ada stesen pembelian menggunakan kad.
Aa… ada kad.. itu
pun tak salah Cuma lima kati je had dia
untuk satu orang..
tak tahu berapa lama lagi boleh beli
lagi…. (susahnya dulu..)
pasal apa.. pasal apa.. kerajaan dulu
dia takut… kita ni bagi
bantuan kepada komunis.. masa tu komunis
masih banyak
lagi.. dia keliling kita,, tak tahu
dimana.. yang say abaca
sejarah dia dulu, Komunis, Ulu Sungai
Dulang sekarang ni..
kat Rengit ni.. itu kem Komunis dulu..
ini tersiar kat Metro
kan.. masa saya kerja, sesudah Mat Sabu
tu timbulkan,
timbulkan Komunis ni adalah pejuang
kemerdekaan.. tu
tersiar dia punya sejarah.. ada.. tak
salah mungkin saya ada
simpan dia punya ni.. (dia cakap orang
melayu yang sertai
Parti Berhaluan Kiri..) ha….. jadi dulu
memang apa ni.. kita
kadang-kadang, apa ni… gerun jugalah…
nak keluar-keluar
malam.. pernah saya.. pernah kat rumah
bapak saya tegur..
saya adik-beradik masa tu ramai kat
rumah kan.. ada salah
satu nya.. mungkin… entah anak dia
sendiri ke cucu dia tak
ingatlah ada yang menangis tengah
malam.. pasang pelita
pun pelita apa tau.. pelita Cemenik
tau.. (cemenik??) ha..
Cemenik…. Pakai pelita kaca tu.. pakai sumbu..
minyak
tanah.. ha tu pakai tu kan.. itu pun apa
ni.. cahayanya
diSLOW kan.. di SLOW kan.. dia kata,
nanti ada cina “alek-
alek”.. tapi tak cakap Komunis.. kata
dia ada.. cina Alek..
cina Alek.. (cina Alek??) cina Alek tu
maksudnya.. (ooo.. cina
Alek..) cina Alek tu maknanya cina kebun
dalam anu.. dalam
hutanlah.. dalam hutan.. takut… kita..
kita kalau malam tak
bebas sangatlah.. mana lagi nyamuk..
jadi cara-cara kita
dulu, kalau petang-petang tu memang kita
buat unggun
apilah bawah rumah.. mengasap rumah
menghalau
nyamuk.. (mintak-mintak janganlah
sampai..) itulah.. kalau
budak-budak sekarang memang,, dia tak
tahu.. dia tak
jumpa.. tak jumpa sejarah-sejarah tu
kan.. dia pun sekarang
bukan nak dengar sangat kalau orang
cerita… dia tak nak
pakai.. itu sebab sekarang, budak-budak
sekarang
banyakkan dia pun terpesong.. terpesong…
dia tak tahu
sejarah macam mana perjuangan orang
dulu-dulu.. dengan
orang sekarang.. kita sekarang
bersyukur, sebab apa…. Ada
orang mendahului kita berjuang
bermati-mati.. sampai dia
sendiri berjuang, dia tak jumpa
keamanan… ha…sedang,
keamanan tu kita yang rasa sekarang.. ha
tu… kita mesti
nak kena fikir.. kena tahu.. hoh… dulu
Parit Stan.. (selalu,
selalu jugak dulu dengar bunyi
tembak-tembak?? Parit Stan
dulu??) .. Parit Stan? Saya tak jumpa..
tak jumpa.. dah kira
hidup amanlah.. Cuma sesudah tu. Sesudah
dulu… apa ni…
sesudah Jepun dulu.. Adalah dikeluarkan
arahan keluar
mengambil kad pengenalan yang pertama..
jadi di Parit Stan
ni rumah saya jadi pejabat.. rumah
saya,, jadi pejabat..
keraninya.. saya ingat lagi satu orang
perempuan.. laki-laki
bersama perempuan.. dia datang sini
menggunakan motor
bot.. daripada Benut tu… daripada
Benut.. masuk Sungai
Benut masuk Parit Stan.. berpangkalan di
depan rumah
saya.. naik.. jadi orang rumah.. orang
kat rumah ramailah..
jadi sekarang.. dulu… aaa.. passport
yang pertama di
kawasan ni dibuat kat rumah saya..
pasportnya Cuma
berbentuk kertas.. kertas tebal sikitlah,,
mungkin.. lebih
kurang tebal inilah.. kulit buku ni… ni
mungkin tak salah..
passport dia… separuh inilah..
besar-besar separuh ini kan..
ha.. lebih kurang… tak salah passport
tu.. berlipat… lebih
kurang ini jugalah.. lipat dua.. dia
tulis pakai tangan… itulah
masa pertama..