Wednesday, 26 December 2012

HASIL KERJA LAPANGAN DI SEREMBAN


SEJARAH SEREMBAN
(SATU BANDAR KOLONIAL)

Bermulanya Penempatan di Seremban

Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.

Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato'Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.

Era Lembaga Kesihatan

Sebelum zaman pendudukan Jepun, peranan Unit Penguasa Tempatan Seremban (dikenali sebagai Lembaga Kesihatan - (1897) terletak dibawah pentadbiran Residen yang ditubuhkan melalui Warta Kerajaan No. 285 bertarikh 15hb. September 1899) masih lagi terhad kepada menyediakan keperluan asas sahaja. 

Namun selepas Perang Dunia Ke-II, pembangunan bandar Seremban begitu pesat dimana perubahan demi perubahan yang berlaku memaksa Lembaga Kesihatanyang terhad aktivitinya diubah menjadi sebuah Lembaga Bandaran melalui Warta Kerajaan No. 143 bertarikh 12hb. Januari 1946 sehingga 1953 apabila ianya dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran Seremban. Pengerusi Lembaga Bandaran Seremban selepas perang ialah seorang pegawai Inggeris, LHN Davis manakala Pegawai Daerah Seremban merangkap Setiausaha Lembaga Perbandaran ialah YM Raja Azman Bin Raja Sir Chulan.

Asal-usul Seremban


Berikutan dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray (Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen - Residen British ketika itu. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional " Sarimban " yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.


Stesen Kereta api Seremban pada tahun 1894


stesen Kereta Api Seremban pada tahun 2012

Apabila Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, Seremban dengan sendirinya menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pertanian bagi Negeri Sembilan. Seremban dianggarkan pada waktu itu (1916) memiliki penduduk seramai 20,000 orang dimana deretan bangunan kedai telah pun mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan Birch, Jalan Cameron (Jalan Dato` Lee Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr. Ismail)


Era Majlis Bandaran Seremban

Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22hb. Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak. 

PETA SEREMBAN



PENGENALAN KAJIAN

Seremban merupakan salah satu Bandar yang dikenali Bandar kolonial kerana pada zaman dahulunya Bandar ini pernah dijajah oleh pihak beitish unruk mendapatkan sumber bahan mentah untuk dibawa pulang dan diproses untuk menjana sumber ekonmi tempatan mereka.

Contoh sumber yang diambil seperti katu balak,bijh timah serta hasil-hasil hutan yang lain.Dalamkajian lapangaini kami telah menengahkan dan membincagkan revolusi ruang yang ada di Bandar Seremban pada zaman dahulu sehingga sekarang.Contoh di kawasan bukit di dalam Bandar Seremban yang pada dahulunya terbina pusat pentadbirankerajaan British tapi revolusi zaman nerlaku dari tahun-ketahun maka pada masa kini tapak pentadiran itu telah bertukar jenis ruangnya di mana telah dibina sebuah istana untuk yang di-pertua negeri Sembilan selain menjadi lokasi pelancongan menarik disana. 

Kami telah dibahagikan kepada 8 kumpulan untuk 8 jalan utama yang berada disekitar Bandar Seremban. Pembahagian ini bertujuan untuk melihat jenis-jenis revolusi berlaku di setiap jalan yang telah dipilih dimana setiap perlu menemubual seberapa ramai peniaga yang menjalankan aktiviti ekonomi di sana. Setiap kumpulan perlu bertanya kepada responden tentang nama responden. Jenis perniagaan, umur perniagaan yang dijalankan, mengapa perniagaan ini dipilih, harapan responden serta jenis barangan yang telah diniagakan. 

Dalam kajian ini juga, kami semestinya menerapkan 5 elemen yang telah dianjurkan oleh Henry Levbre berkaitan dengan ruang. 5 elemen tersebut ialah nod, mercu tanda, gerbang,  sempadan dan hentian.

HASIL KAJIAN

Pada 11.12.2012,kita telah melakukan kajian lapangan di Seremban,Negeri Sembilan.Seremban merupakan ibu negeri bagi negeri Sembilan Darul Khusus.Kawasan kajian kami adalah di Jalan Siew Loong Hin.Nama jalan sebelum ini ialah Jalan Singapura.Kawasan ini merupakan kawasan orang Cina kerana terdapat banyak kedai kaum Cina disini.



Yang Di bawah ini adalah kajian kami mengenai pembangunan dan cara penggunaan ruang di jalan ini :

1) SYARIKAT CHONG HING




Nama kedai ini ialah Syarikat Chong Hing. Kedai ini telah menjalankan aktiviti perniagaan menjual barangan aluminium. Pemilik kedai ini bernama Lai Than In. Beliau telah berusia 80 tahun. Sepanjang temu bual dengan pemilik kedai. Syarikat atau kedai ini telah ditubuhkan selama 70 tahun lebih. 

Beliau meneruskan perniagaan ini selepas ayahnya meninggal dunia dan pada masa itu beliau telah berputus asa dalam pelajaran. Selepas itu,beliau berhenti sekolah dan meneruskan perniagaan ayahnya. Beliau berkata bidang perniagaan ini sudah berkurangan di Seremban kerana kerjanya agak remeh terutama dalam proses membuat barang alunimum. Kerana semua barang ini perlu dibuat menggunakan tangan sahaja.

Beliau telah menyatakan perubahan di Bandar Seremban sangat besar selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Terutama dari segi infrastruktur atau kemudahan. Kini Seremban mempunyai Jalan yang lurus dan sistematik tidak seperti macam dulu.Stesen bas (Terminal One) yang mempunyai bas ekspress yang menuju ke pelbagai jenis destinasi.

Selain itu,Seremban juga telah mempunyai tempat beli belah seperti Seremban Parade, Jusco dan macam-macam lagi. Beliau sangat bersyukur terhadap perubahan yang begitu pesat terhadap Seremban. Cuma ada satu perkara yang beliau rasa amat mengecewakan, iaitu budaya tradisional yang ada di Seremban emakin lama semakin lenyap begitu sahaja.


2)KEDAI LIEW HEE

Kedai ini merupakan kedai pemborong makanan ringan dan alat-alat permainan. Kedai ini dimiliki oleh seorang wanita cina yang bernama Wong Four. Beliau sekarang berumur 60 tahun dan mempunyai 12 adik-beradik. Beliau mengambil alih perniagaan ini selepas suaminya meninggal dunia pada 20 tahun yang lalu.

Sekarang dia berasa amat gembira kerana perniagaan beliau semakin maju. Berdasarkan perhatian saya di kedai tersebut, ramai pelanggan terdiri pelbagai kaum sedang memilih barang yang hendak dibeli. Salah satu faktor ramai yang datang membeli di kedai tersebut adalah harga barangan yang murah dan berpatutan.

Wong Four juga rasa sangat aman dan damai apabila menetap di Seremban. Selepas dia berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya menetap di Seremban sehingga kini. Kehidupan beliau di Seremban telah memberi kenangan terindah kepada beliau. Beliau merasakan penduduk di Seremban ini mempunyai sifat toleransi, bertolak ansur dan saling hormat-menghormati yang tinggi anatara satu sama lain. 

Manakala dari segi pembangunan di Seremban, Puan Wong telah menyatakan pembangunan yang pesat di Seremban telah menyebabkan banyak bangunan yang mempunyai nilai-nilai sejarah telah dirobohkan terutama Cinema Cina yang ada pada zaman 50-an dulu. Akhir kata, Beliau menyatakan bandar Seremban merupakan bandar “bunga” kerana mempunyai panorama yang indah sekali.


Kedai Pemborong LIEW HEE


3)Kedai Yin Fatt (Pemborong Barangan Polystrene)

Kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki cina yang bernama Ng Yee Wing. Beliau berumur 60 tahun dan merupakan orang tempatan Seremban. Beliau terpaksa mengambil alih perniagaan ini daripada ayahnya kerana beliau merupakan anak tunggal dalam keluarga. Beliau telah mengikuti ayahnya memulakan perniagaan ini sejak kecil lagi. Beliau menegaskan bahawa dalam bidang perniagaan ini, peniaga perlu menjaga perasaan pihak yang lain. 

Beliau juga mengatakan bandar Seremban ialah bandar yang indah dan aman. Suasana yang harmoni dalam bandar Seremban yang buat beliau bangga sebagai seorang penduduk Seremban. Dari segi pembangunan, beliau tidak dapat menafikan bahawa Seremban telah mengalami tingkat pembangunan yang pesat. Fenomena ini telah menyebabkan bandar Seremban 2 telah diwujudkan untuk menyelesaikan masalah pembangunan yang pesat di Seremban.


suasana di Kedai Polystrene


Ng dan Pemilik kedai


4)KEDAI UBAT CINA YIN FOH

Kedai Ubat Cina ini dimiliki oleh Wong Pow. Seorang lelaki cina yang berumur 70 tahun. Sebelum ini kedai ubat ini pernah menjadi kedai runcit pada sekitar tahun 1960 an. Di sebabkan perniagaan kedai runcit yang terlalu sengit di kawasan sekitar dan ketidakupayaan mendapatkan keuntungan, kedai tersebut terpaksa ditransformasikan untuk menjadikan kedai ubat cina pada tahun 1975. Beliau menceritakan Jalan Singapura (nama dulu) merupakan jalan yang sibuk dan meriah. Kerana sini dulu terdapat banyak kedai runcit. 

Tetapi pada waktu sekarang, kedai disini hanya kedai-kedai biasa sahaja, ada kedai yang telah tutup dan dijadikan rumah. Ramai pemuda di kawasan sini pun telah berhijrah ke tempat lain termasuk anaknya sendiri yang telah menetap di Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan yang lain.





5) HAJI SHARIFF'S CENDOL, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Bangunan ini adalah bangunan kedai Haji Shariff's Cendol. Bangunan ini benar-benar terletak di tengah-tengah bandar Seremban. Mudah untuk penggemar cendol ini untuk mencari bangunan kedai ini, iaitu dengan melihat warna bangunan yang hijau. Pelanggan kedai ini memang ramai benar. Masa kami sampai di sana, di dalam kedai tersebut memang sudah separa penuh. apabila kami duduk di kedai tersebut, tidak sampai 15 minit, ramai pula yang masuk untuk menikmati juadah yang ada di sini. 

Pelanggan kedai Haji Shariff's Cendol ini terdiri dari pelbagai kaum, iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Ada yang makan dekat situ dan ada yang bungkus bawa balik! Majoritinya makan cendol sahaja walaupun kedai ini ada juga menyediakan menu lain seperti rojak (RM3.50) dan rojak mee (RM3.50). Perniagaan Haji Shariff's Cendol bermula sejak tahun 1930-an lagi. Kalau tak percaya cuba tengok gambar dekat atas. Gambar nie ada tergantung dekat dinding. Ada juga keratan akhbar mengenai kedai cendol Haji Shariff's.




Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh dibuat hasil dari  kerja lapang kami ini adalah dapat menerangkan lagi tentang perkara yang dinyatakan oleh Henry Levebre bahawasanya terdapat 5 jenis ruang yang digunakan dalam sesuatu tempat iaitu Laluan, Mercu Tanda, Sempadan, Daerah, Titik Tumpu memang bersalingkait dengan ruang yang wujud di mana-mana sahaja. 

Tempat kajian yang telah kami pilih ialah dibandar Seremban.Seremban adalah bandar besar selain ia merupakan bandar yang paling dekat di sekitar Bangi. Kami telah dipecahkan dalam beberapa kumpulan dan dibahagi mengikut jalan utama di sekitar Bandar Seremban seperti Jalan Tunku Hassan, Jalan Yap Hin Sin dan lain-lain lagi. Kami mengkaji jenis perniagaan yang dijalankan di sana yang rata-ratanya adalah peniagaan dari kaum cina. Peniaga di sana majoritinya menjalankan peniagaan secara borong seperti alat tulis, makan, minuman serta alat sembahyang bagi kaum Cina. 

Suasana pagi di sekitar lorong peniagaan pemborong itu amat sibuk dengan pemungahan barangan dari lori mahupun kereta. Di sana kami memastikan dan memahami perkara yang dinyatakan oleh Henry Levebre. Para peniaga di sana amat ramah dan memberi kerjasama yang sangat bagus bagi memudahkan pergerakan kami untuk mengumpul maklumat  dan data dari para peniagaan. Selain itu kami juga melihat seni bina bangunan yang ada di sekitar kawasan kajian kami dapat mengetahui tahun bangunan itu dibina.

Contohnya terdapat juga bangunan yangdibina pada era 60-an serta tahun 80-an.Bangunan seperti berikut amat tinggi nilai estetika dalam sesebuah kawasan dan masyarakat dis ana, selain boleh menjadi lambang sejarah dan pusat perlancongan di sana.Di Samping itu juga, hasil kajian ini juga amat memberikan kami tentang semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan hal ini kerana kerjasama dapat membentuk kelicinan gerak kerja yang ditetapkan.



No comments:

Post a Comment