Tuesday, 27 November 2012

Assignment 4 - Elemen-Elemen Bentuk Fizikal


LIMA ELEMEN BENTUK FIZIKAL

 Laluan penduduk

Laluan penduduk yang dimaksudkan adalah laluan yang selalu digunakan atau digunakan oleh penduduk setiap hari untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian mereka. Laluan ini biasanya tidak dimiliki oleh sesiapa dan bersifat awam yang mana semua orang boleh melaluinya tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada individu ataupun pihak-pihak tertentu. Laluan ini digunakan untuk menghubungkan pekan Benut dan kawasan sekitarnya. Laluan ini juga digunakan untuk menghubungkan Pekan Benut dengan Bandar Pontian dan Bandar Batu Pahat. Jalan ini bersambungan dengan jalan-jalan kampung yang lain yang memudahkan pergerakan penduduk di sekitarnya.

Jalan Simpang Empat Benut

Jalan Parit Abdul Rahman, Benut


Pinggiran kawasan

Pinggiran kawasan adalah kawasan yang terletak jauh dari pusat penempatan utama tetapi masih belum keluar dari sesuatu kawasan. Sebagai contoh, salah satu pinggiran yang boleh diambil sebagai kawasan pinggiran bagi pekan Benut adalah  Pekan Tampok. Pekan kecil ini terletak dipinggir Benut, kira-kira 15 kilometer dari pusat Pekan Benut.

Pekan Tampok, Benut

Sempadan daerah

Sempadan daerah pula bermaksud sesuatu yang memisahkan dua kawasan daerah besar dalam sesebuah negeri. Sungai Tampok dipilih oleh penduduk yang tinggal dikawasan sekitar sebagai kawasan pemisah antara daerah Pontian dan daerah Batu Pahat. Kedua-dua daerah ini disambungkan dengan jalan Parit Abdul Rahman yang menjadi laluan utama penduduk untuk pergi ke pekan Rengit, Batu Pahat.

Jalan Parit Abdul Rahman, Benut

Sungai Tampok, Benut


Hentian

Hentian yang sering dikunjungi oleh penduduk kawasan Benut ini ada banyak. Antaranya restoran Di Tepian Raudah, pasaraya Target, PasarayaKU, Balai Polis Benut dan sebagainya. Kebiasaanya hentian-hentian ini dikunjungi oleh penduduk kerana mempunyai kepentingan peribadi. Sebagai contoh, restoran Di Tepian Raudhah menjadi tumpuan penduduk untuk singgah makan di situ.

Pasaraya KU, Benut

Pasaraya Target, Benut

Restoran Di Tepian Raudah, Benut

Balai Polis Benut

Mercu Tanda


Asrama Desa Sekolah Kebangsaan Benut merupakan salah satu mercu tanda utama di Benut. Sekolah ini merupakan satu-satunya asrama yang dibina oleh kerajaan untuk pelajar sekolah rendah di kawasan pekan Benut ini. Kemungkinan asrama ini merupakan satu-satunya asrama yang dibina khas untuk pelajar sekolah rendah yang terdapat di daerah Pontian. Selain itu, masjid Jamek Temenggung Ibrahim dan Tangki Simpanan Air Benut juga merupakan mercu tanda terawal yang dibina di pekan Benut ini.

Tangki Air Benut 1 dan 2

Masjid Jamek Temenggung Ibrahim, Benut

Asrama Desa Sekolah Kebangsaan Benut

No comments:

Post a Comment